Bagaimana menuntut warranty drp kedai yang culas? : Mengadu ke Tribunal Pengguna KPDNKK!
Ini
kesah benar.... Notebook rosak selepas 14 bulan digunakan. Jaminan 24
bulan. Jadi notebook itu saya hantar ke kedai asal dibeli. Pekedai kata "
kena tunggu, at least 1 month ooo ".Setelah menunggu hampir 2 bulan menuntut jaminan "warranty" notebook baru, pekedai asyik memberi alasan yang sama " BELUM SIAP ENCIK!. SYARIKAT DI KL BELUM BAGI BALIK ITU NOTEBOOK!". Macam-macam alasan... Amat mengecewakan.
Akhirnya saya beritahu kedai itu bahawa saya ada menyimpan semua dokumen2 belian serta warranty dsb dan akan membuat aduan resmi kepada Tribunal Pengguna KPDNKK di MITC, Melaka.
Whoa.... dalam tempuh tak sampai 48 jam, saya menerima panggilan daripada kedai tersebut untuk memungut komputer bimbit baru sebagai ganti yang rosak. Terima kasih KPDNKK!
Berubah ke LINUX kerana Windows 8 susah diguna!
Komputer bimbit gantian yg diberi ialah ASUS model A450C i5-3337u dgn Windows 8. Memang cantik dipandang, tetapi windows 8 ini susah utk digunakan, berpinar mata bila membuat pencarian!
Linux Ubuntu 10.04 (telah dinaiktaraf kepada Ubuntu Mate 16.04.6)
Jadi saya ingin memasang linux yang biasa saya gunakan sejak beberapa tahun lalu. (Skg ini pun saya menggunakan firefox di ubuntu linux 10.04, pc acer dual-core).
(Ubuntu 10.04 desktop - telah dinaik-taraf kpd Ubuntu Mate 16.04.6 LTS)
Mengapa saya memilih Ubuntu? Ubuntu adalah sistem operasi yang lengkap, sangat stabil dan yang paling penting ia tidak dijangkiti virus. Ubuntu boleh dipasang di PC atau komputer bimbit dengan percuma, hanya muatturun salinan ISO dari internet, bakar ke CD/DVD dan boleh terus dipasang ke PC ataupun komputer bimbit.
No comments:
Post a Comment