Wednesday, 2 March 2016

Anai-anai? Pencegahan dan rawatan


Salam alaik,

        Jika ingin membuat tindakan preventif supaya anai-anai tidak menyerang 
rumah, saya berikan tips. 

A.        Kenal Anai-Anai
        1. Anai-anai suka kelembapan tinggi dan makanan utama ialah serat kayu 
hidup dan mati. 
        2. Anai-anai ada berpuluh species. Yang putih, yang kuning, yang perang 
.... Queen anai-anai ada banyak dalam satu koloni. Askar anai-anai menjaga 
anak-anak. Anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni 
macam kelakatu berterbangan.
        3. Kalau nampak banyak kelakatu berterbangan, pasti berhampiran ada 
koloni anai-anai.
        4. Anai-anai tak tahan matahari. Cepat mati. Sebab tu mereka samada 
membuat lorong tanah atas kayu/simen/konkrit atau menggali terowong dalam tanah.
        5. Anai-anai suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing. 
        6. Dalam perut anai-anai ada ribuan protozoa ( hidupan macam kuman ) 
yang mengkhadamkan serat kayu yang ditelannya.

B.        Dah kenal. Maka tiba masa mengurangkan minat anai-anai dari rumah kita:

        1. Pastikan laman rumah bersih dan pokok-pokok kecil di-trim. Rumput 
dan lalang dicantas.
        2. Pastikan tiada sampah, timbunan kayu, perabut reput, pokok mati dan 
tunggul pokok berhampiran rumah
        3. Pastikan air parit mengalirkan air terus ke saliran parit besar. 
Pastikan parit rumah tak pecah dan berumput.
        4. Pastikan bawah rumah tiada takungan air.
        5. Tutup rekahan-rekahan yang dijumpai pada bahagian dinding dengan 
simen atau kapur.
        6. Pastikan paip-paip bocor berhampiran tanah dibaiki segera. 
Tanah-tanah yang lembap menarik anai-anai buat sarang.
        7. Kalau terjumpa koloni anai-anai di halaman, jangan cuba buang 
sendiri sebab nanti yang saki-baki akan mencari tempat baru terutama sekali 
rumah. Panggil pakar.
        8. Pastikan perabut buruk, buku-buku, kertas, pakaian, akhbar lama, 
kayu dan apa saja barang dah tak mahu pakai lagi, dikeluarkan dari rumah dan 
dibuang terus.

        Bermakna, kita kena rajin dan suka laman rumah yang bersih dan cantik. 
Dan juga rajin menjaga kebersihan dalam rumah. Kalau kita buat di atas, kita 
juga mengurangkan serangan nyamuk, ulat gonggok, ular, tikus, kutu anjing, 
lipas dan cicak. 

 C.       Tiba masa untuk buat kubu pertahanan. Kalau nak cantik, suruh 
kontraktor yang buat. 
        > Buat kubu pasir sekeliling rumah atau sekeliling bahagian rumah yang 
jejak pada tanah, terutama sekali berhampiran foundation rumah. Jarak dalam 
beberapa inci lah dari bahagian tu.
        > Gali 6 inci ke dalam tanah dan 6 inci lebar. 
        > Masukkan pasir yang saiznya standard iaitu diameter 1mm majoritinya. 
Kalau pakai ayak besi atau aluminium saiznya mesh 16. Mesti saiz tu. Sebab 
kalau pasir terkecil, anai-anai boleh pikul dan kalau terbesar, anai-anai boleh 
lalu kat celah. 
        > Tutup bahagian atas dengan simen atau bahan composite yang tak 
disukai anai-anai.
        > Sapukan bahagian-bahagian kayu yang berhampiran tanah dengan air yang 
telah dicampurkan serbuk BORAX. ( NOTA: BORAX ni dulu banyak digunakan oleh 
pembuat mee kuning, kuey teow, chee cheong fun, nasi putih masakan Siam, Indon 
dan Cina. Dah berkoyan-koyan orang Melayu dok makan racun ni, sebelum 
diharamkan kerajaan. Borax ini adalah salahsatu punca Barah Hati). 
        > BORAX tak bunuh terus anai-anai. Apabila anai-anai suap-menyuap serat 
kayu pada rakan-rakan sekerjanya, ia akan tersuap sekali BORAX ni. Bila BORAX 
masuk perut, ia akan bunuh kuman pengkhadaman anai-anai. Lalu anai-anai mati 
kerana kekurangan zat.

D.        Pembasmian anai-anai yang telahpun berhimpun di dalam rumah:
        Panggil pakar.

        Jika inginkan kepastian di dalam perkongsian saya ini, tanyalah pakar pembasmian anai-anai dan gali maklumat dalam internet :)

=================================== tamat ===================================

        --- On Tue, 5/4/10, Puan Sofie <fiesay...@yahoo.com> wrote:


          From: Puan Sofie <fiesay...@yahoo.com>
          Subject: [sim] KONGSI INFO : Menghapuskan Anai-Anai (Termites)
          To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
          Date: Tuesday, May 4, 2010, 7:11 PM


            

               

                Salam 

                Tuan Mod, harap beri laluan untuk email saya .  Terima kasih ..

                Sahabat2 sim,

                Seperti yang kita semua ketahui, anai-anai adalah sejenis 
makhluk perosak kepada harta benda dan sekiranya tidak dihapuskan,  boleh 
mengakibatkan kita kerugian beribu ribu ringgit.

                Ada kawan menyatakan, bateri kereta lama yg tidak digunakan 
boleh mengelakkan rumah kita daripada didatangi anai-anai.  Caranya ialah 
dengan menanam bateri lama yang tidak digunakan tersebut di kawasan  tanah 
berdekatan dengan rumah kita. .  

                Sekiranya sahabat lain mempunyai info / petua macam mana atau 
cara-cara untuk 
                membasmi dan mencegah anai-anai, selain daripada semburan from 
pest control, harap boleh share.

                Terima kasih
                Puan Sofie
               

No comments:

Post a Comment