Thursday, 31 March 2016

Tinjauan buku buku. Book revews

Buku-buku yang menarik:
================

Kesukaan kami sekeluarga ialah singgah di kedai-kedai buku di mana sahaja kami pergi. MPH, Popular dan Konikunya...


1. Tajuk: THE MAGIC OF THINKING BIG

Penemuan: Sangat baik untuk semua peringkat umur. 

Disyorkan untuk bacaan anda 100%! :-)
 

 
Inilah buku pengembangan diri [self-improvement] pertama saya beli "THE MAGIC OF THINKING BIG", First UK paperback edition 1984 karya Dr David J Schwartz (1959). Buku ajaib ini saya beli  di MPH Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur pada tahun 1991. Harganya pada masa itu cuma RM14.90.

Buku pengembangan diri terbaik dalam kehidupan saya. "Ajaib" kerana dengan izin Allah, buku ini telah membuka minda saya tentang kehidupan ini dari sudut yang lebih positif dan bermakna sekali. Tidak dapat saya nyatakan dengan perkataan... tetapi saya sangat bersyukur dapat membaca buku ini. 



Penemuan: Sangat baik untuk semua peringkat umur. 

Disyorkan untuk bacaan anda 100%! :-)
 


2. Tajuk buku : Berpikir & berjiwa besar.


Penemuan: Sangat baik untuk semua peringkat umur. 

Disyorkan untuk bacaan anda 100%! :-)

Buku versi Bahasa Indonesia, saya jumpai di sebuah kedai buku di Batam, Indonesia pada tahun 2012. Berpikir & berjiwa besar, KARISMA Publishing Group, Batam, Indonesia. Harga Rp40,000.[RM12]
Alih bahasa Oleh Drs F.X. Budiyanto
Editor Dr. Lyndon Saputra



Penemuan: Sangat baik untuk semua peringkat umur. 

Disyorkan untuk bacaan anda 100%! :-)


========================================================================



3. Tajuk buku : "IMAM GHAZALI, UMPAMA LAUTAN TIDAK BERTEPI".

Penemuan: hanya utk pencinta Imam khomeini. 

Tidak Disyorkan untuk bacaan :-(




     TAJUK = "IMAM GHAZALI, UMPAMA LAUTAN TIDAK BERTEPI".
     Penulis:     Syed Mahadzir Syed Ibrahim
     Penerbit:    GREEN DOME (2014).

Kata-kata Imam Ghazali di muka belakang buku ini membuat saya terpesona untuk membaca buku ini dan terus membelinya.

Setelah membaca sehingga muka surat 51, saya menjadi curiga kerana penulis buku mengisahkan "Imam Khomeini"... Siapa "Imam Khomeini" ini???

Di dalam hati saya bertanya "Astargfirullah.... Apakah tujuan penulis buku ini???"  Setahu saya Imam Khomeini ini pemimpin Negara Iran yang berfahaman syi'ah....

Pendek cerita, saya terus ambil pen, tandakan ??? di muka surat 51 dan terus tutup buku ini.

Saya fikir buku ini merepek, cuba meracuni fikiran pembaca.


Penemuan: TIDAK baik untuk semua peringkat umur. 

Tidak Disyorkan untuk bacaan :-(


Kesimpulan.
========

JAUHI BUKU INI!!!

JANGAN BELI BUKU INI: perkara sebenar yang saya ingin tulis di blog kali ini ialah kerana saya tersilap beli buku! Ya, saya menyesal membeli buku ini:

Wednesday, 2 March 2016

Petua menghalau Anai-anai


Petua menghalau Anai-anai

Kaedah tradisional:

Petua ini sebagaimana Acit dah cuba sendiri di beberapa tempat ,Alhamdulillah, Sang Anai-anai terpaksa akur dengan pukulan "KO" sehingga merajuk bawa diri. Petua ini diajar oleh Guru Acit. Ambil hati pari ( kalau boleh ikan pari yang besar - minta free je kat pasar tu... ) ditanam di keliling rumah mengikut anggaran jarak yang berpatutan atau ditanam di dalam lubang yang yang dikorek dalam rumah ( ditepi lubang anai-anai ). Kalau dalam rumah , tutop lantai tersebut dengan filler atau simen supaya tidak dihurungi semut. Begitu juga ia boleh ditanam pada pangkal pokok ( seperti Durian ) yang mengalami masalah yang sama.Tapi awas ! gunakan glove untuk memegang hati pari ; bau hati pari yang sudah lama akan melekat pada tangan anda , takut nanti anda pula yang "KO" , bukannya anai-anai... Rumah yang baru dibina juga lagi bagus tanamkan hati pari terlebih dahulu dibawahnya atau ditepi foundation atau beamnya.Kata Guru Acit,guna ikan buntal pun boleh kerana ada rumah kawan-kawan saya yang tanam IKAN BUNTAL, maklumlahlah rumah deme tu dekat pantai, senanglah nak dapat ikan buntal  tapi saya sendiri tak pernah cuba.

Kaedah Kimia:

Ni ada lagi satu petua yang acit baru cuba sebab rumah orang tua acit rumah separuh kayu di kampung memang eloklah buat xperiment lagi pun kawasannya tanah berpasir dan memang menjadi tempat anai-anai membina Bandar Teknologinya. Lagi pun kosnya MURAH tetapi berkesan.Acit beli racun serangga FURADAN yang berbiji-biji halus berwarna unggu/purple dijual dalam peket. Ia boleh dibeli di kedai menjual baja racun atau alat pertanian.



Dari segi ekonomi, kalau beli racun anai-anai sebotol kecil 70ml harganya RM7.00, sekali guna dah habis dan tak bertahan lama. Sejenis lagi racun yang mempunyai kandungan sama seperti Furadan iaitu KENFURAN dan harganya lebih murah. Kalau Furadan harganya RM14, Kenfuran ini hanya RM10.Terpulanglah samada nak guna Hang Tuah atau Si Jebat.. walaupun kedua-duanya mempunyai kandungan peratus bahan kimia yang sama malah harganya berbeza , tentulah di antara keduanya itu ada yang lebih baik. mungkin ada yang lebih ummph !. Ada juga jenama yang lain tetapi kandungan Bahan Aktif Carbofuran sama sahaja iaitu 3.0%. Harganya RM12 sepeket. Jenis berbutir atau berbiji halus, sama juga seperti jenama yang lain. Walaupun sama tetapi tidak serupa kerana kesan tindakan atau keberkesanan FURADAN lebih pantas.. terbaeek !


Kaedah:

Buat camna, gali atau korek di sekeliling rumah dan tanamkan beberapa sudu. Ceduk racun tu gunakan sudu atau gunakan corong dan sarong tangan plastik kerana ia satu racun yang kuat kesannya. Jikalau disiram air atau terkena air hujan, racun tersebut akan meresap ke seluruh bahagian dalam dan laluan anai-anai itu menyebabkan ia mati atau meninggalkan sarangnya. Racun tersebut pula selagi belum habis, ia masih berada dikawasan sarang tersebut. Hati-hati bila memeriksa kembali sarang anai-anai yang ditinggalkan itu dibimbangi tangan yang kita terkena racun yang masih ada atau melekat pada sarang anai-anai itu; sebaiknya gunakan sarong tangan atau dikuis menggunakan kayu. Kalau anai-anai ni berumah kat tiang atau pada dinding atau pada pangkal/batang pokok , Racun Furadan ini dicampurkan air, dikacau dan disiramkan pada sarangnya. Maka anai-anai akan jatuh 'gedebuk' serta merta. Gambar Sarang Anai-anai bawah rumah yang telah dibubuh Furadan.



Babi

Kalau Racun Furadan digaul dengan perut ikan atau nangka cempedak atau ubi kayu ke.. dan diberi jamu pada babi, semua babi yang memakannya KO.. KO..satu persatu. Champion betul lah Furadan nih.


Sarang atau busut anai-anai

Kalau ada sarang atau busut anai-anai tu, korek atau cangkul sedikit dan taburkan racun tu dan kalau ada nampak lubang-lubangnya, bubuhkan dengan sudu yang kecil atau guna paip getah atau corong kecil supaya racun tu terus masuk ke dalam lubang dan laluan anai-anai itu, kadang-kadang lama juga nak tunggu lubang tu penuh kerana mungkin lubang tu berlengkar-berlengkar di dalamnya. Kemudian kawasan tu dibasahkan dengan air. Maka racun tersebut telah bertindak dengan ganasnya dan boleh bertahan lama..Yang ni pun boleh cuba try, hasilnya bagus ! Telah dicuba.. Samaada anai-anainya semuanya mati di situ atau lintang pukang lari meninggalkan sarangnya dan mati di tempat lain ! Yang pastinya, sarang anai-anai itu telah kosong..kosong..kosong.

Terima Kasih kepada:
http://acitbudi-tujohbintang.blogspot.my/2009/07/petua-menghalau-anai-anai.html

Anai-anai? Pencegahan dan rawatan


Salam alaik,

        Jika ingin membuat tindakan preventif supaya anai-anai tidak menyerang 
rumah, saya berikan tips. 

A.        Kenal Anai-Anai
        1. Anai-anai suka kelembapan tinggi dan makanan utama ialah serat kayu 
hidup dan mati. 
        2. Anai-anai ada berpuluh species. Yang putih, yang kuning, yang perang 
.... Queen anai-anai ada banyak dalam satu koloni. Askar anai-anai menjaga 
anak-anak. Anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni 
macam kelakatu berterbangan.
        3. Kalau nampak banyak kelakatu berterbangan, pasti berhampiran ada 
koloni anai-anai.
        4. Anai-anai tak tahan matahari. Cepat mati. Sebab tu mereka samada 
membuat lorong tanah atas kayu/simen/konkrit atau menggali terowong dalam tanah.
        5. Anai-anai suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing. 
        6. Dalam perut anai-anai ada ribuan protozoa ( hidupan macam kuman ) 
yang mengkhadamkan serat kayu yang ditelannya.

B.        Dah kenal. Maka tiba masa mengurangkan minat anai-anai dari rumah kita:

        1. Pastikan laman rumah bersih dan pokok-pokok kecil di-trim. Rumput 
dan lalang dicantas.
        2. Pastikan tiada sampah, timbunan kayu, perabut reput, pokok mati dan 
tunggul pokok berhampiran rumah
        3. Pastikan air parit mengalirkan air terus ke saliran parit besar. 
Pastikan parit rumah tak pecah dan berumput.
        4. Pastikan bawah rumah tiada takungan air.
        5. Tutup rekahan-rekahan yang dijumpai pada bahagian dinding dengan 
simen atau kapur.
        6. Pastikan paip-paip bocor berhampiran tanah dibaiki segera. 
Tanah-tanah yang lembap menarik anai-anai buat sarang.
        7. Kalau terjumpa koloni anai-anai di halaman, jangan cuba buang 
sendiri sebab nanti yang saki-baki akan mencari tempat baru terutama sekali 
rumah. Panggil pakar.
        8. Pastikan perabut buruk, buku-buku, kertas, pakaian, akhbar lama, 
kayu dan apa saja barang dah tak mahu pakai lagi, dikeluarkan dari rumah dan 
dibuang terus.

        Bermakna, kita kena rajin dan suka laman rumah yang bersih dan cantik. 
Dan juga rajin menjaga kebersihan dalam rumah. Kalau kita buat di atas, kita 
juga mengurangkan serangan nyamuk, ulat gonggok, ular, tikus, kutu anjing, 
lipas dan cicak. 

 C.       Tiba masa untuk buat kubu pertahanan. Kalau nak cantik, suruh 
kontraktor yang buat. 
        > Buat kubu pasir sekeliling rumah atau sekeliling bahagian rumah yang 
jejak pada tanah, terutama sekali berhampiran foundation rumah. Jarak dalam 
beberapa inci lah dari bahagian tu.
        > Gali 6 inci ke dalam tanah dan 6 inci lebar. 
        > Masukkan pasir yang saiznya standard iaitu diameter 1mm majoritinya. 
Kalau pakai ayak besi atau aluminium saiznya mesh 16. Mesti saiz tu. Sebab 
kalau pasir terkecil, anai-anai boleh pikul dan kalau terbesar, anai-anai boleh 
lalu kat celah. 
        > Tutup bahagian atas dengan simen atau bahan composite yang tak 
disukai anai-anai.
        > Sapukan bahagian-bahagian kayu yang berhampiran tanah dengan air yang 
telah dicampurkan serbuk BORAX. ( NOTA: BORAX ni dulu banyak digunakan oleh 
pembuat mee kuning, kuey teow, chee cheong fun, nasi putih masakan Siam, Indon 
dan Cina. Dah berkoyan-koyan orang Melayu dok makan racun ni, sebelum 
diharamkan kerajaan. Borax ini adalah salahsatu punca Barah Hati). 
        > BORAX tak bunuh terus anai-anai. Apabila anai-anai suap-menyuap serat 
kayu pada rakan-rakan sekerjanya, ia akan tersuap sekali BORAX ni. Bila BORAX 
masuk perut, ia akan bunuh kuman pengkhadaman anai-anai. Lalu anai-anai mati 
kerana kekurangan zat.

D.        Pembasmian anai-anai yang telahpun berhimpun di dalam rumah:
        Panggil pakar.

        Jika inginkan kepastian di dalam perkongsian saya ini, tanyalah pakar pembasmian anai-anai dan gali maklumat dalam internet :)

=================================== tamat ===================================

        --- On Tue, 5/4/10, Puan Sofie <fiesay...@yahoo.com> wrote:


          From: Puan Sofie <fiesay...@yahoo.com>
          Subject: [sim] KONGSI INFO : Menghapuskan Anai-Anai (Termites)
          To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
          Date: Tuesday, May 4, 2010, 7:11 PM


            

               

                Salam 

                Tuan Mod, harap beri laluan untuk email saya .  Terima kasih ..

                Sahabat2 sim,

                Seperti yang kita semua ketahui, anai-anai adalah sejenis 
makhluk perosak kepada harta benda dan sekiranya tidak dihapuskan,  boleh 
mengakibatkan kita kerugian beribu ribu ringgit.

                Ada kawan menyatakan, bateri kereta lama yg tidak digunakan 
boleh mengelakkan rumah kita daripada didatangi anai-anai.  Caranya ialah 
dengan menanam bateri lama yang tidak digunakan tersebut di kawasan  tanah 
berdekatan dengan rumah kita. .  

                Sekiranya sahabat lain mempunyai info / petua macam mana atau 
cara-cara untuk 
                membasmi dan mencegah anai-anai, selain daripada semburan from 
pest control, harap boleh share.

                Terima kasih
                Puan Sofie